Quantcast
Channel: Izah Muffin Lover
Viewing all 264 articles
Browse latest View live

Burger Malaysia dilapis telur

$
0
0

Assalamualaikum..


Menu sampingan ni yang wajib time bulan puasa. Idak le hukum wajib, tapi mesti terliur time pose2 nak makan beger mesia ni. Biasanya kalau buat menu ni, memang tak berbuka dengan nasi. Cukup dia menjadi menu utama dan yang lain2 ditop up dengan dessert dan buah2an je. Resepi beger mesia dari kak Yani ni rasanya mmg antara resepi yang suka diulang2 buat dan menjadi kegemaran ramai orang yang dah tahu kelembutan begernya dan lembut walau dah sejuk.

Terima kasih lagi dan lagi kak yani dan semua yang mempopularkan resepi ni.


BURGER MALAYSIA
resepi: kak yani  

Bahan-bahan ( 8 biji )

*200g tepung gandum
*140ml susu/ air
*2 sudu besar butter/margerin
*2 1/2 sudu besar gula halus
*1/2 sudu kecil garam
*2 sudu kecil dry yeast
minyak untuk menggoreng
- sambal ikan bilis
- timun
*izah tambah hirisan telur rebus 


Cara-cara

Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis

*kalau nak burger ni comel2 sikit, bahagikan doh kepada 10-11 biji. 







Karipap Frozen tanpa digoreng

$
0
0

Assalamualaikum..

Saya suke karipap yang difrozen tanpa digoreng terlebih dahulu.
Tapi cara nak frozen tu ada tertibnya.
Dan sesuai untuk kegunaan dirumah sahaja, untuk jualan susah sikit.
Belajor masa nyembang2 kat rumah Mas n menyembang dengan Anna Qawina.
Tak silap tips ni dikongsi oleh kak Nor atau Tun Telani.
Resepi karipap untuk doh dari Tun Telani dan untuk inti dari kak Nor.
Elok la tu kan kombinasi tu :-)

Ok, cara nak frozen tanpa goreng ni, lepas je dikelim kemas karipap tu, susun satu2 karipap atas bekas tak melekat. * di alas plastik pun boleh. Atau bekas apa2 la kan. Pastu masukkan ke tempat sejuk beku. Bior dlm sejam ke sejam lebih baru disusun tanpa lapik mcm dalam gambor di atas ke dalam taapuware. Bila karipp tu dah keras ianya mmg tak melekat dah. Bila nak goreng defros dulu dlm 1/2 jam dengan susun satu2 karipap dlm bekas. Sebab kalau defros gitu je takut bila karipap lembut ianya akan melekat antara satu sama lain lak. Sekian :-)



DOH KARIPAP
resepi: Tun Telaani


Bahan :
4 cawan tepung
2 tbs margerin
1/2 cawan oil
3/4 cawan air
1/2 tsp garam

Cara membuatnya :
Panaskan margerin + minyak dalam periuk. Tutup api.
Tengah panas2 tu, masukkan tepung dalam periuk tadi dan gaul guna garpu ( jangan guna tangan, melecur nnti ).
Dah sejuk siket, campur garam dan air.
Uli-uli.. siap! Buleh wat karipap ikot suka inti apa..




INTI KARI AYAM DGN KELEDEK

Bahan:
400gm daging ayam kisar ~ brand Ramli (boleh juga guna daging kisar)
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
2 sudu besar cili mesin
1sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar rempah kari
1 sudu besar rempah gulai ~ boleh skip kalau tak ada
1 biji (saiz besar) ubi keledek ~ boleh gantikan dgn 2 bj ubi kentang
1 cawan air
garam
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan serbuk lada hitam, tumis lagi hingga garing.
Masukkan pula rempah kari dan rempah gulai yg dibancuh dgn sedikit air.
Goreng hingga pecah minyak dan masukkan ayam/daging kisar dan keledek yg dipotong dadu.
Goreng sebentar hingga ayam/daging berubah warna.
Kemudian masukkan air dan garam secukupnya, masak hingga keledek empuk dan inti menjadi kering (mengikut selera masing2).
Angkat dan biarkan sejuk, kemudian bolehlah dijadikan inti karipap, pau dan sebagainya..



Agar-agar Kemenyan

$
0
0

Assalamualaikum..

Alhamdulillah segar betul pagi ni selepas hujan lebat 2-3 minit ye kak Liza. :-)
Matahari pun dah cerah, sempat kot kering baju hari ni.
Cemana ngan puasa anda anda semua? Dah masuk fasa tengah puasaa dh kan.
Pasti kaum hawa siok mengskodeng resepi sekut2 yang best tahun ni.
Tak kurang pulak dah stanby duit tuk sekut tunjuk.
Standard la tu, sekut tunjuk kene ada gak..kan.. ngeee

Semalam berbuka puasa n kudapan malam kami, kami layan agar2 ni.
Sedap sungguh skali skala makan agar2 lemaak manis harum pandan n gula merah tu.
Saya kenali kewujudan agar2 ni dengan nama agar2 kemenyan.
Biasanya kalau resepi org lama, menggunakan agar2 tali.
Tapi skodeng punya skodeng saya jumpa satu resepi di blog kak Jum yg menggunakan agr2 serbuk
Walau nama berbeza, dpanggil agar2 santan gula merah atau lumut tapi kaedahnya sama.
Sukeeeeeeeeee... Dan memang sedap ngam elok kejadian agar2 ni.
Terima kasih kak jun sudi share resepi ni.
Jom layan resepi nya.



AGAR AGAR SANTAN GULA MERAH/AGAR2 KEMENYAN
resepi: kak Wattie
dikongsi oleh: kak Jun

10gm agar2 *izah guna agar2 serbuk
1/2 cwn gula merah
1/4 cwn gula putih
1150ml air
120ml air + 1 paket santan serbuk *izah guna santan perah
1 biji telur (pukul ngan santan tadi)*izh guna gred C
secubit garam
1 helai daun pandan


masak air dgn gula n daun pandan, tapis. masukkan agar2 n masak lagi hingga semua larut. kecilkan api, tuang campuran santan, garam n kacau hingga mendidih. masukkan kedalam acuan n sejukkan.





Begedil Daging Burger Hasue

$
0
0


Assalamualaikum..

Mula2 nak mintk ampun maaf ngan Hasue.
Rasaanya sehari dua ni ada himpunan rasa bersalah dipenjuru hati ini ngan Hasue.
Hahaha.. u know waat i mean..kikikiki
Yang ni pun salah satu rasa sedikit bersalah. Tapi yang banyak nya rasa sedap la.
Tekak saya memang nak rasa begedil yang simple je.
Dan resepi Hasue ni memamng kena ngan selera saya, tapi en hubby nak yang rasa rempah2 sikit.
Nex time saya buat rasa rempah2 iye cayammm..:-P
Ok derhaka banyak terjadi di begedil itu iaitu begedil ni menggunkan telur time nak goreng nyer.
Ni sebaab mengikutkan selera en suami yang suke garing2 diluarnya.
So cara sya , saya celupkn dengan telur dan lumurkan dengan tepung gandum bercampur tepung beras.
Sue...sorry banyak derhaka resepi begedil ko ni.
Ada lebih lagi dlm es box nanti ai goreng cara u pulak ekkkk :-)




BERGEDIL DAGING BURGER TANPA TELUR

2 Biji kentang-lebih kurang 400g
2 keping daging burger ayam ramly-cincang/potong kecil2
1-2 tangkai cili merah-hiris dan cincang halus
3 tangkai daun sup-hiris termasuk batangnya sekali
6 tangkai daun bawang-hiris
1/2 labu bawang besar-hiris dan cincang halus
1 sudu besar tepung ubi/tepung jagung
Minyak zaitun/minyak jagung atau minyak canola secukupnya.
Garam secukup rasa dan serbuk stok ayam(jika suka)


Cara membuatnya:
Mula2 rebus kentang sehingga lembut. Aku rebus guna pressure cooker lebih kurang 5 minit jer dah lembut selepas berdesir(aku belah 2 jer kentang tu). *izah goreng kentang sampai empuk. Dan mashed kan kentang tersebut.

Selepas kentang dah lembut(cucuk dengan garfu untuk menguji) boleh la dilecek menggunakan masher..masher ni memang berguna kat dapur..nak buat jemput pisang pun guna ni jugak.. ala,yang biasa orang guna untuk tekan2 daging burger tu. Kalau takde,boleh la guna garfu yer.. lecek sampai lumat semasa masih panas. *izah mashed guna belakang gelas jek :-)

Setelah itu, panaskan sedikit minyak,tumis bawang besar yang dicincang halus sampai naik bau,masukkan daging burger yang dicincang atau potong kecil sehingga masak. Perasakan dengan garam..boleh tambah sedikit serbuk pati ayam jika suka.

Sementara itu potong/hiris semua bahan lain.

Gaul guna tangan atau senduk. Tambahkan tepung ubi atau tepung jagung dan sedikit garam untuk rasa keseluruhan. Lepas tu masukkan dalam peti sejuk selama lebih kurang 20 minit agar mudah dibentuk.
Keluarkan dari peti ais,scoop menggunakan sudu bulat atau pencedok aiskrim supaya mendapat bergedil yang sama besar. Bulat2kan dulu kemudian baru tekan untuk mendapat bentuk yang sedikit leper. *izah tak masukkan ke dalam peti es pun, sebb bila kentang digoreng hasil begedil lebih firm dari kentang yg direbus.

Panaskan satu sudu besar minyak zaitun di dalam nonstick pan. Masukkan beberapa ketul bergedil (jangan letak terlampau banyak,nanti susah nak terbalikkan). Biarkan betul2 keperangan barulah terbalikkan(guna sudip leper,jangan guna penyepit) dan biarkan sehingga masak.
Angkat menggunakan sudip tadi dan toskan di atas kertas tisu(guna 2-3 lapis).

*izah goreng menggunakan cara deep fry. Celupkan begedil yang telah dibentuk ke dalm telur yang dikocok sedikit. Setelah dicelup ke dalam telur, salutkan menggunakan begedil dengan tepung gandum yang telah dicampurkan dengan tepung beras. Goreng hingga garing. 




Biskut Mini Roll Coklat Almond

$
0
0

Assalamualaikum..

Pagi ni mendung beserta hujan. Gelap Ampang sekrang.
Shot gambr dalam cuaca mendung, memang semenendung gambr yang dilihat la kan.
Hari ni nak share satu biskut kudap kudapan yang elok juga dijamu pada tetamu time raya.
Simple sangat... maybe ada yang dah tahu tpi sbb dah bejanji ngan Noorsha nak share kat blog.
So.. buat Puan Noorshaaaaa, ini ler sekutnya.
Sekut comel2 sedap dingap.
Dah 4 balang buat, 2 balang budak2 dah perabis kan.
Tak tahu la mana satu yang laju, yang tukang hadap mencelup coklat atau tukang hadap masuk mulut.:-)



Nak buat sekut ni tak perlu nak ngadap doh atau oven.
Cume nak bagi almond nib tu dibakar dulu je kita ngadap oven.
Nak disangai atas kuali pun bolehkan.
Yng lain2 nyer adalah seperti bahan2 dalam gambar di atas.

Apa yang diperlukan?

Mini biskut roll coklat
*beli yang bertimbang yg terdapat dipasaraya sebab sekut timbang tu tak kaya sangat dgn rasa coklat. Jadi bila disaalut dengan coklat diluar tu mmg maasyukkkk. Kalau kat giant ritu tengok 100gm harganya rm2 hegget ++. Tapi saya beli timbang kilo kat kedai borong. 

Cooking coklat
Terdapat di kedai baking berdekatan dengan anda atau ada juga dijual dipasaraya2 besor. Untuk celup sekut, elok gunakan cooking coklat sebab cepaat kering n rangup coklt tu xlembab ngan coklt. *Anna Qawina yang bagitau..:-P

Almond Nibs
Sangai dulu atas api hingga warne nampk sikit berubah atau bakar dlm oven pda suhu 170 c selama 6-7minit.


Caranya:

Cairkan cooking coklat secara double boiling. 
Amik sekut mini roll, celup ke dlm coklat dan taburkan almon nib ke atas salutan tadi.
Keringkan coklat n nikmatinya.




Bagi yang terasa leceh nk membuatnya, boleh ORDER dengan saya dengan mengemel ke baisku09@gmail.com.

Tawaran hebat untuk harga permulaan.
Sebalang menghampiri 100 biji sekut.
Harga terbaik. Pelanggan sekitar lembah Kelang amat dialu alukan.








Sup Ikan Merah

$
0
0

Assalamualaikum..

Simple sup ikan tapi sedap wangii gitu.
Suap dak kecit makan pun laju sikit speednya.
Maybe jugak faktor ikan ni yang still fresh gitukan.
Terima kasih yang mengemel untuk ORDER biskut ROLL COKLATsemalam.
Order masih dibuka jika berminat ye :-)




Saya terrinspirasi nak cube cara kak Anim buat sup tulang dengan meletakkan sikit daaun limau purut dlam sup ikan. Hasilnya mmg wanagi dan sedap lah. Tq ye kak Nim.
Dan bahan2 lain tu mcm biasa la sempoi jek.
Tomato pun lupa nak taruk.
Jadi sekadar hiasan jela nampaknya.
Hehehe



SUP IKAN
by: Izah

2 potong ikan merah
*bersihkan dan perahkan sedikit limau kasturi. Biarkan sebentar dan bilas.

3 ulas bawng merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 sk lada hitam - tumbuk
1 inci halia- ketuk
2 batang serai - ketuk
1 helaai daun limau purut
daun sup
1 keping kecil asam keping

tomato / kentang
Bawang goreng



Caranya:
Tumiskan bawang merah, bawang putih, laada hitam n halia shingga naik bau.
Masukkan air dan ikan.
Kemudian masukkan serai, asam keping dan daun limau purut.
Jika letak kentang boleh letak awal2 sikit dri ikan untuk empukkan kentang.
Perasakan garam.
Masukkan daun sup.
Hidangkan dengan menaburkan bawang goreng.








Moist Pandan Marble Kek

$
0
0
Assalamualaikum..

Lamaaaa dah tak menghapdate blog ni.
Cemana raya korang? Good? Better? Best? :-p
Mood raya masih ado? Ado? Lemang dodol masih ado? Nak skeeettt..
Tapi nak eksen sket semalam ai makan ketupat palas berkacang ngan rendang ayam ..*ceh tu pung nak eksen khann.. Eh ada lagi tau rendang ayam ngan ketupat tu, leh pulun sat gi.
Maaf yek buat yang tertanya2 kemana menghilang... Biar lah rahsiaa..
Fefeeling retis pulak daaahh... hikhik
Ado je haa.. masak pun cam biasoo doo.. tapi montot berat skett nak duduk ngadap lappy.
Senak jek perut niha, maklom meja lappy rendah, kene duduk rendah jugak kan.
Nak fefeeling meniarap sambil apdate belog rasa retis sangat la nak buat gitu kan. Ditambahkan pulak lappy yang berikat ngan getah niha. Kesian betul bila bajet tak diluluskan untuk lappy baru, kena ikat ngan getah bagai ko.. huwaa

Ok dah dah.. 
Kita ke tajuk yang utama.. Kek.
Eh belom tu nak share satu doa, bagus untuk amalan ibu2 beranak sorang sehingga 20 orang.

Amalan baik semasa memasak makanan untuk anak-anak kesayangan ialah selalu berdoa n berzikir n berselawat. 
Doa yang saya dapat dari teman2 yang sudi share di FB. Terima kasih.




Dah baca?
dah hapal?
Sila masak sekarang! :-)

Ok kita ke tajuk utama seperti tajuk di atas.
Punya laaaa perasaan nak makan kek membuak2, tapi tunda sampai 3 hari baru datang seru.
Terasa nak makan kek suam2 panas gitu.
Berkenan lak dengan kek niha.
Cam tak susah sangat nak membuat nyer, cume ada perhitungan jadi ke idak je kek ni.
Seusai minit ke 30 kek ni dalam oven, dah trasa dalam lubok hati yg kek ku ini tak menjadi.
Tapi berkat doa dan selawat yang tak putus * fuh lap peluh kat dahi ngan ayat nih*.. Alhamdulillahhhhh
Menjadi jugak walau cam ada cacat dari segi rupa sikit kan..
Tapi apalah sangat vocal bukan sekadar rupa ye dak.



Walau hampir2 tipis kejadian untuk menjadi.. tapi kagom gak la dengan kek ni akan rasanya.
Manisnya yang sedang2 aje..
Hanya Allah yang tahu nikmat bila 3 hari keinginan tekak ditunda.
Sodap pepalih makan time suam2 tu.
Budak2 yang dah lamaaaa tak makan kek hasil air basuh tangan ummi dia ni, pulun sungguh.
^__________^

Mekasih buat kak Yatie yang gali2 resepi.
Nak share kat sini pulak ye kak.




MOIST PANDAN MARBLE KEK


Ingredients
  • 250 grams butter
  • 250 grams caster sugar
  • 250 grams flour
  • 8 eggs
  • 1 tbsp ovalette
  • 1 tsp vanilla essence
  • 1 tbsp chocolate emulco
  • 2 tbsp cocoa powder
  • 4 tbsp condensed milk



Method:

  1. Preheat oven to 170°C. Grease a 7-8 inch round/square pan.
  2. Melt butter (I usually melt it in a microwave, but you can melt it over the stove too) and leave aside to cool.
  3. Sift flour into a mixer bowl. Add sugar, eggs and ovalette into the bowl and using a whisk attachment, beat at low speed to firstly combine ingredients, then medium speed to add volume. Mix until ingredients are thoroughly mixed in, about 3 minutes.
  4. Beat in vanilla essence. Gradually pour in melted butter while beating the batter at low speed. Continue beating until all the butter has been incorporated.
  5. Separate half the mixture into another bowl. This will be your plain mixture.
  6. In the original mixing bowl, add cocoa powder and chocolate emulco to the batter and beat till well incorporated. This will be your chocolate mixture.
  7. To assemble, spoon 3 tablespoons of the plain mixture in the middle of your baking tin. Then place 3 tablespoons of the chocolate mixture. As you continue spooning in the batter into the middle, the batter will start spreading out into the tin. Continue alternating, as this will form the marbled effect.
  8. Bake in the centre rack of the oven for 40 minutes, until a skewer poked into the centre of the cake comes out clean.
  9. After removing from the oven, allow the cake to cool in the tin for about 10 minutes. Then, turn the cake out to cool on a wire rack.








Apam Kentang Majalah Rasa

$
0
0

Assalamualaikum..

sejuk gigil pagi ni kome.
Apa perancangan hari ni? Buat sesuri rumah musti tengah berlegar2 memikir nak masak apa jap lagi sesambil jemur kain tu kan. Kalau yg diopis tah kan sibuk2 susun pinggan nak jamuan raya sat gi. Hamboii2 raya lagi kite ye dok. 

Lepas dah dihidangkan rendang, ketupat, mee sup, mee soto, lemang bagai..tekak ni tringin sangat nak makan apam. Tu diaa semua melayan nafsu tekak sendiri je kan. Anak2 nak kek cekelat tak buat2 lagi. Haishh.. Saja la gugel apam menda yang lain skit untuk dinikmati. lastnya jumpa la apam kentang resepi dari majalh Rasa yang di kongsi oleh kakak Rohah kita ni. Terima kasih kak..bila nengokkan gambor apam kentang akak, sangat ler mengujakan. Saya tak ikut semua mcm dlm resepi sebb tak cukup bahan tapi hasilnya masih apam yang lemak n harumm pandan.

Mintak izin copy resepi dari blog akak untuk di paste ke sini ye. Terima kasih :-)




APAM KENTANG

Sumber resepi:majalah rasa
Sumber:Rohaisha

Bahan-bahan:

175 gm kentang dikukus, dilecek untuk dijadikan 150gm
200gm tepung beras
100gm tepung gandum
200gm gula pasir
1 sudu teh yis segera
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh garm halus
1/8 sudu teh pes pandan
3 titis pewarna hijau
Kelapa parut secukupnya
1 helai daun pandan {disimpul}
250ml santan
175ml air kelapa
25ml air suji/air suam

Bahan-bahan:

1-Renehkan gula pasir, air kelapa, air suji daun pandan dan pes pandan sehingga mendidih dan menjadi 300ml.Biarkan suam.

2-Tuangkan bahan reneh ke dalam adunan tepung beras dan kentang lecek yang telah digaul sebati..Kacau rata.

3-Apabila adunan telah sejuk, masukkan tepung gandum, yis, serbuk penaik dan garam halus.Sebatikan.Setelah itu masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau selama 10 minit dan sehingga adunan menjadi sebati.

4-Masukkan pula esen pandan dan pewarna hijau.Sebatikan dan rehatkan selama 40-50 minit. (Saya lebihkan masa untuk rehatkan adunan ni sehingga 1 jam).
5-Seterusnya apabila adunan sudah siapp, tuangkan ke dalam acuan yang telah dikukus kosong selama 1 @ 2 minit.Apabila apam telah naik dan merekah, angkat dan sejukkan.Note:*saya sapukan minyak ke dalam acuan agar adunan tidak melekat kemudian baru kukus acuan lebih kurang 2 minit.





Agar-agar Pandan Kristal Jelly

$
0
0

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, diberi peluang menghapdate belog ni lagi.
Selang2 hari pun ok la kan, yang pasti terubat jugak jari jemari menari di atas kibod neh.
Mood mengaaaaanntuukk sangat, semalam menyudahkan tempahan talam.
Bila kepenatan, memang tak pernah nak sempat snap gambar2 hasil orang order.
Jadi bila nak buat promosi memang kelautttt.. hehhee
Mcm tu jugak la dengan tempahan biskut2 raya baru2 ni.
Sangat bermasalah bila nak buat promosi semula, sebab tak de gambor2 yang mantop dan gah sket.
Salah sapa? tonyoh2 idung sendirik jela.


Comel dak agar-agar2 pandan jelly ni?
First time tertengok gambo kat blog kak Sue Joshua memang terpikat.
Pasti budak berdua penggemar agar2 tu happy bila disaji agar2 comel gini.
Memang pun happy giler diorang... Suke tengok diorang makan. Pulunn
Saya gunakan sumi jelly less sugar, so memang kene la dengan lemak manis agar2 pandan tu.
Dengan aroma sebenar daun pandan memang sedap, menarik dan cute kan.
Terima kasih kak Sue, saya mintak izin copy resepi untuk dikongsi di sini pula.
^-______-^



AGAR AGAR PANDAN KRISTAL 

Bahan-bahannya:

1 bungkus agar-agar tali (2o gm) *izah guna agar-serbuk 10gm
4 cawan air (1 cawan mengandungi 200 ml air) *izh guna cawan 250ml
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan perahan air daun pandan yang telah dicampur air
1/2 cawan gula pasir *izah guna ukuran sudu dan cicip rasa manis ikut citarasa
10 biji kecil jelly yang telah siap (segera) *izah guna sumi jelly lebih 10 biji


Cara-caranya:

Masakkan air bersama agar-agar dan gula hingga gula dan agar-agar larut, kemudian masukkan perahan air daun pandan dan susu cair, kacau hingga sebati.
Didalam loyang ataupun bekas, susunkan jelly mengikut citarasa, kemudian tuangkan agar-agar pandan yang telah dimasak tadi perlahan-lahan.
Biarkan sehingga agar-agar hampir sejuk dan masukkan kedalam peti sejuk.
Apabila agar-agar mengeras, bolehlah dipotong dan hidangkan.






Selamat berangkat kak Nim n suami

$
0
0
Panggilan haji 
telah tiba lagi
menunaikan ibadah 
panggilan Baitullah


Tanah suci Mekah

ya Makkatul mukarramah


Assalamuaalikum..



Familiarkan dengan nasyid evergren , nasyid lama tu?

Sebelum tu, maaf dipinta sebab seminggu sekali update bermakna seminggu sekali jugak la sempat jenguk blog kawan2 yang hari2 berupdate. Memang korang uptodate punya olang.. Hehehe.. Saya slow sikit. Banyak perkara harus diselesaikan, ditunaikan, yang akan nanti kita dipertanggungjawapkan. :-)


Ye musim haji dah tiba. Hari ke sehari ramai jemaah dari Malaysia landing nun di tanah arab untuk menunaikan rukun islam ke-5. Dan termasuk jugak kakak blogger yang sorang ni, bakal menjejakkan kaki ke Tanah Suci pada ujung minggu ni. 



Dek kerana tak berpeluang dan bersama mendoakan dan meraikan bakal hajjah dan haji ni semasa kenduri doa selamat minggu ni, jadi last week berkesempatan lah saya dan beberapa blogger sengal Anna Qawinna dan Noorsha, turun ke Rembau berjumpa kak Anim. Berpeluang juga berjumpa kak Achik Erna yang cantik dirumah kak Anim juga seorang blogger. Antara gambar2 yang sempat dirakam.



 Sessi menyembang tak sudah2, tu belum bab makan lagi... ^____^


smile!!



awek pemalu.. 



Kak Anymz yang dikunjungi ramai saudara sahabat handai pada hari tersebut



Darwish dan Syifa




Err tengah jampi tuh


Gajah toys yg tibe2 mendapat perhatian ramai2.. ngeee



Syifa sibongsu



Nuryn Sufi Nadira.. Omputiss




Berbesar hati berpeluang bergambar bersama sebahagian keluarga kak Anymz dan suami, abang Tapa.
Dari kami semua, selamat menunaikan haji, semoga mendapat haji yang mabrur dan diberi kesihatan dan kemudahan beribadah di sana. 

Dan akhirnya terima kasih dengan layanan istimewa dari kak Anim sekeluarga dengan juadah dan senyuman.
^__________^









Donut Lembut salut Coklat

$
0
0

Assalamualaikum..

Donut lembut... ke donut gebu.. ke donut sedap.. mana satu nama glemer ek?
Rasa nak gile glemer boleh letak nama sendirik kan, Donut kak Jah.. *contoh.. :-P
Ok, donut ni resepi dan sukatannya dah saya combine dari banyak2 sumber yang saya dah try sebelum2 ni dan sepanjang kesenyapan saya dibidang up date mengupdate ni.
Jadi siapa2 rasa ni resepi dia punya, boleh je claim kat inbox komen.
Yela.. kadang org sok sek kat belakang cakap amboii pandai sangat kerr dia tuu nak cipta2 resepi, dapat ilham dari mimpi kerr nokkk.. kikiki..
Benornya resepi donut ni mmg saya dah try n error dari sukatan2 banyak2 resepi dan saya sangat berkenan dengan kejadian donut ni.
Dah banyak kali jugak guna resepi ni sebab mudah ingat n menggunakan sukatan cawan n sudu je.


Celup coklat tu permintaan budak2 nak donut mcm kat JJ *Jayajusco.- big apple.
Perghh karang kata donut apple pun kalah ngan donut ai, nangess lagi tokey big apple khann.
Hehe..
Jom cek resepi ekk


DONUT LEMBUT SALUT COKLAT
by: izah

2 sk yis mauripan
1/4 cawan air suam
1sk gula

*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.


3 cawan tepung gandum
4 sb gula
1/2 sk garam
2 sb susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air - kurang lebih
2- 21/2 sb butter / marjerin



Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
Sedia dinikmati.


penggunaan BM:
Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.



Khadam saya hari tu. muekekeke.. Kalau comot tu, sebab nila alasan nya..
Pekerja yang diambil kurang pengalaman







Kuih Belimbing

$
0
0

Assalamualaikum..

Sapa pandai2 kata ai makan kaswi, upgrade sikit makan kuih belimbing tau. hehe
Yer, sapa kata belimbing tak boleh dijadikan kuih.
Belimbing tu bersih kan, tos biar kering then celup tepung n goreng.
Jadi ler kuih belimbing nih... kiki sapa percaya sila angguk.
Tak la uolss... kuih belimbing ni cam kuih omputiss yang disebut churros.
Saya pernah buat churros, kejap jek licin.
So nak ngabiskan cekelat celup2 donut ritu, saya buat kuih belimbing ni pulak.
Ikutkan sira ngan gula je, tapi budak2 dengan coklat mana leh dipisahkan ye dak.
Saya buat dabel adunan ni bawah yang dapat resepinya dari belog kak Hana.
Tq kak..


KUIH BELIMBING
sumber: k hana


Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum 
1 cawan air  
1 biji telur 
1 sudu makan marjerin/butter 
1 sudu makan gula 
esen vanilla 


Cara-cara

 Didihkan air, gula, esen dan juga marjerin. Sementara tuh, dlm mangkuk lain pukul telur kejap. Tutup api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 gune senduk kayu. Kemudian masukkan telur dan kacau cepat2 hingga sebati dengan tepung td. Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan dan picitkan ke dalam kuali. potong setiap 5cm. Goreng hingga kekuningan dan angkat. Taburkan gula. Sedia utk dmakan!




Nozel yang saya guna tuk hasilkan kuih belimbing ni.

Biskut Coklat Chip Sapi

$
0
0



Assalamualaikum..

Masih terasa nak ngunyah biskut dak? Atau kat gobok dapur masih banyak bahan sisa sisa membiskut?
Boleh la cuba sekut simple ni, tapi bila kunyah tak reti reti nak berenti..
Saya memang mencari resepi biskut coklat chip yang sangaaat sedap yang saya kunyah time raya kat rumah sepupu saya. Bila kunyah sekut coklat chip nyer tu saya duk bayang bahan apa la yang dimasukkan skali membuatkan biskutnya tu wangiii, sedap sangat jauh la sedap dari kebanyakkan biskut cip cip yang pernah saya rasa, homemade waimma sekut kilang :-)
Akan tetapi masih fail nak bayangkan apakah secret bahan nya.
Bila tanya ngan geng sengal, si Anna bagi resepi berharga ratusan ringgit, tapi bebahan tak cukup pulak.
Jadi saya ejas2 dari resepinya tu dan resepi2 yang ada di internet.
Jadi lah resepi olahan dari saya untuk kamo kamo semua.. ecewahh mcm nak nyanyi kat konsert lak :-P
Syukur Allah sekut saya ni masih menepati piawaian tekak. Rangup, wangi dan lemak kekacang.




BISKUT COKLAT CHIP SAPI
by: izah

175 gm mentega
50 gm minyak sapi
150 gm gula perang
1 biji telur
2 cawan tepung
1/2 sk soda bikarbonat
1 cawan coklat chip - kecil
2 cawan almon flakes/nibs
sikit vanilla essence


Cara:

Satukan mentega, minyak sapi dan gula perang ke dalam mangkuk yang besar. Kacau menggunakan handwisk sehingga sebati. 
Kemudian masukkan telur dan kacau sebati.
Masukkan pula tepung dan soda yang telah diayak ke dalam mangkuk tadi. Kacau.
Kemudian masukkan coklat chip dan kekacang.
Bentukkan menggunakan tangan bulat2 mengikut size yang disukai.
Bakar pada suhu 170 C selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.
* Biskut ini akan meleper n mengembang sedikit. Jadi bila dibentukkan bulat2 akan menghasilkan biskut seperti gambar di atas.


















Kek Coklat Milo Kukus

$
0
0

Assalamualaikum..

Coklat tak sudah sudah mokcik sorang neh..
Kena damping ngan hantu coklat ke? hihihii
Budak2 mintak kek coklat, ai follow jekk. 
Cari resepi kek yang kukus, sebab kalau kek coklat suke yang dikukus.
Jumpa la pulak kat myresepi yang ada penggunaan milo.
Nampak kat laporan tu cik Puan Mas mama si Adam dah pernah buat kek ni.
Skodeng belog beliau kejap, beliau mengakui kesedapan kek ni.
Zass ke dapur dan terhasil lah kek yang moist kebasahan, lembut dan sedikit padat tak gebu sangat la.
Sebab kek ni jenis moistt sangat..
Jom tengok lecepi nyer.. Dan terima kasih buat Hanismajid.
*nama tajuk ditukar sedikit utk membezakan kebanyakkan kek coklat kukus.






KEK COKLAT KUKUS
Resepi : HanismajiDmyr
Sumber rujukan : Mas Duniaku

Bahan : 

2 cawan tepung blue key 
1 cawan gula - izah guna gula perang 
1 cawan susu pekat manis - izah kurangkan
1 cawan milo 
1 cawan serbuk koko vochelle 
4 biji telur ayam 
1 cawan minyak masak 
1 cawan air panas 

 Cara membuatnya : 

Didihkan periuk pengukus terlebih dahulu. Masukkan semua bahan2 dalam mangkuk besar... Kacau dengan sudip besar..kacau tangan je...jangan guna mixer...nanti telebih naik....tak jadi Bila semua bahan2 dah sebati dalam 5 minit je kacaunye.... Then boleh ditapis adunan yag dah siap agar hasil nanti lebih halus dan cantekkkk. Masukkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak dan ditabur tepung Kukus selama 40 minit , Mas kukus 1 jam dah siap...kalo nak letak topping lagik best....





Nak share kat sini khadam saya yang serbaboleh. Hari tu dia cekap juga ke dapur, sekarang dia juga mampu "membantu" saya dimeja photography.. ikikiki


Menggubah bunga utk prop


Menyusun prop


err.. susun prop mengikut kata hati dan kreativitinya


Dan merasakan dirinya sangat penting sebagai prop tambahan. 
Fuhhh
^_________^





..








Red Velvet Cake Anna Qawina The Mabelesss

$
0
0

Nak tayang jugak kek ah sedap ah sedap..nikmatnya rasaaa..
First time merasa kek red velvet ni masa gader kat rumah kak Anim, yang dijadikan buah tangan oleh Anna Qawinna.
Disebabkan malu malu alah dong nak melantak kek kat rumah kak anim *malu la sangaaatt... , padahalnya perut sendat n ketat sangat dah melahap lauk pauk yg disajikan tuan umah 
:-P, Jadi saya pun order la pulak kek ni dengan arahan boss.


Bila kotak kek dibuka, auwwsome  betul rupe kek tu. Cute mcm ahkakk. ngee
Close up skeett


Deco dia sweet sangat, my incik suami spontan jek kata, napa cantik sangat kek nya. Hehe.
Kembang montot kak Tipah membaca ni khaaann.
Sweet kan ada munge2 kicik, trasa cam sambut anibesary yang tak pernah disambut.. 
Acara fotong memotong pun terjadi la selepas itu.
Tak perlu dikatakan brapa fotong orang yang memotong makan.
Budak2 lagi lerkan., sebab krim2 dia tu semuanya sedap bukannya muak. Rasa cm sekerim.

Fotongan dalam yang dibekalkan buat Bais ke sekolah.
Balik sekolah mcm bertih bercerita kek yang dia bawak menjadi bualan dan kegemaran kawan2.


Rasanya hari tu lagi banyak layer kan Anna? 
Tapi yang pasti layer tu dilapisi dengan cream cheese dan blueberry filing dengan kek yang lembut baldu.
*Tetibe imejin brapa percent haku dpt promote baik punya neh.
Hehe.. tapi xtipu tauuu.. kalau rasa biasa2 jek, ai tak buat entry istimewa ni. Na na na
So bagi siapa yang dah rasa2 terjilat2 krim yang sangat sedap dengan kek yang kebasah basahan dan selembut baldu ni, sila la mengorder dengan tokey sedang 'up' iaitu saudari Anna Qawina.
Order boleh di fb beliau dan di blogbeliau yg disertakan emel beliau.



Tak rugi order sebab harga dia sangat sesuai dengan size dan rasanya.
Tq Anna!!!

Errr kek tu dah senget ke kotak sebab kesilapan yg telah dilakukan dengan sengaja oleh pembawa kek ini.
Tiada kene mengena dengan pembuat kek.
^___________^









Roti Jala bersama Kari Ayam

$
0
0

Assalamualaikum..

Tuan tanah ni kejap muncul 4 hari mengapdate belog, kejap lagi sunyi 4,5,6,7,8 hari... 
hehe... Bukan la tak memasak, cume nak mengapdate tu memang tak uptodate kata orang.


Sekarang timbul mood nak membacaa buku, lagi berat montot nak ngadap lappy.
Suka saya share kan nasihat RASULULLAH SAW buat anakandanya FATIMAH yang saya baca dari buku "Cara Isteri Memuliakan Suami".

" Wahai Fatimah, wanita mana yg menggiling tepung utk suami dan anak-anaknya maka Allah menuliskan utk nya dari setiap biji gandum yang digilingkan suatu kebaikan dan mengangkatnya satu darjat. Wahai Fatimah, wanita mana yang berpeluh ketika dia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah menjadikan antara dirinya dan neraka 7 buah parit. Wanita mana yg meminyaki rambut anak-anaknya dan meyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran  pahala orang yang memberi makan kepada 1000 orang yg lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang telanjang. Dan wanita mana yang menghalang hajat jiran tetangganya maka Allah akan menghalangnya dari meminum air telaga Kauthar pada hari kiamat."

" Wahai Fatimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keredhaan suami pada isterinya. Jikalau suamimu tidak redha kepadamu, tidaklah akan aku doakan kamu. Tidaklah kamu ketahui wahai Fatimah redha suami itu berasal dari redha Allah dan kemarahannya berasal dari kemarahan Allah. Wahai Fatimah, apabila seseorang wanita itu mengandungkan janin dalam rahimnya maka beristigfarlah para malaikat untuknya dan Allah akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan. Apabila dia mulai sakit melahirkan anak, maka Allah mencatatkannya pahalanya orang yang berjihad pada jalan Allah. Apabila dia melahirkan anak maka kelaurlah dia dari dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dahulu dan apabila dia meninggal dunia tiadalah dia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikit pun. 

Wahai Fatimah, wanita mana yang senyum dihadapan suaminya maka Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat. Ya Fatimah, wanita mana yang mneghamparkan hamparan atau tempat berbaring atau mengatur rumah untuk suaminya dengan baik hati maka diserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat) "teruskan amalmu, maka Allah telah mengampuni mu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang."

"Wahai Fatimah, wanita mana yang meminyaki rambut suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menguntingkan kukunya maka Allah akan memberinya minuman dari sungai2 syurga dan Allah akan meringankan sakatul mautnya, akan didapati kuburnya akan menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga, serta Allah akan menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah dia melintas di atas titian Sirathh."


Kalau kita renungkan nasihat Rasulullah s.a.w ni, tak ada perkara sia2 yang kita lakukan dalam hal keluarga selama kita niatkan nya sebagai ketaatan kepada Allah serta pengabdian tulus kepada suami :-).





RESEPI ROTI JALA


Bahan:- 
2 cawan tepung gandum
2 cawan air (*ummi guna 1 cawan air dan 1 cawan susu segar) 
1 bij telor 
1 sudu kecil garam halus 
beberapa titik pewarna kuning 

Cara Menyediakan:-
Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.





KARI AYAM TOMATO

RESEPI HERE

Suami saya suke daging ayamnya hancur sikit untuk dimakan dengan roti jala.
Memang sedap bila dagingnya tu trasa sampai ke dalam karinya kan.
^___^










Cotton Soft Japanese Cheesecake

$
0
0

Assalamualaikum

Kek kapas sapa nak?
Lama dah nak try kek ni cume aura mengekek cis kau ni tak sampai lagi.
Bila nak buat smlm tu, baru la tau kek ni mcm kek slice jugak cara membuatnya, cume bedanya guna krim cheese.
Jadi selaku pembuat kek slice cheese tegar ni, kacang la buat kek ni. *perghh ayat eksen melampau.
Buat penggemar cheese boleh la try2 memutar telur nak buat kek ni.
Penggebu kek ni  cume telur putih yang diputar menjadi meringue tu.
Tak de pembantu penaik mcm baking powder atau soda bikarbonat.
Kalau something wrong masa memutar telur putih tu, alamat kek memang tak menjadi.
Jadi berhati2 masa ngasingkan putih n kuning telur tu. Pastikan telur tu lepas basuh keringkan betul2 dulu, jgn ada setitis air pun masuk dlm putih telur yang di asing. Masa asing tu elok2 jangan ada kuning telur termasuk dlm putih. Bekas mangkuk putih telur tu pun jgn ada air tau. Pastu putar telur tu sampai jadi meringue kental dan bertanduk. Bermakna kalau terbalikkan mangkuk telur tu, telur tu tak jatuh pun. Sungguh kental la tu.
Sedikit tips la kan, Kalau lah andai kata, masa memutar putih telur tu, kita trasa mcm kurengg tak naik n tak brapa gebu jek putih telur tu, amik jek sebiji lagi putih telur campurkan skali. InsyaAllah menjadi.



Hmmm.. kek ni memang ringan, sangat lemak dan sangat moist.
Kurang manis dan boleh jugak dikreatifkan dengan melapiskan filing blueberry dlm kek tu sendiri.
For me, kek mcmni memang sedap dimakan dengan filing n perasa sedikit.
Kalau makan dia jek, mcm boring gitukan sebab hanya rasa cheese jek..
Tapi boleh je makan kosong je.. terpulang pada selera memasing kan.
Resepi glemer oleh sis Alma Myr. Tapi saya amik dari blog tokey kek Anna Qawina.
Tq Anna dan Alma.



COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE
Sumber : Alma@myresepi 
(kebanyakan blogger dah pernah buat kek ni kan, nak sebut 1 per 1 mau sampai tengah malam tak habis so, boleh google nama kek & jumpala ramai yang dah buat kan..tqvm bt semua blogger yg mengispirasikn kek ni) 


 Bahan-bahan : Loyang bulat 9 inci 

 Bahan A: 
250g cream cheese 
50g butter 
100 ml susu segar (fresh milk) @ susu cair 70ml + air 30ml 
6 biji kuning telur *izah guna 7 biji gred B
1 sdb jus lemon @ 1 sdt esen vanila 
1/4 sdk garam 
60g tepung kek / tepung superfine @ guna tepung gandum, ayak 3 kali 
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch) 

Bahan B: 
140g gula kastor 
6 biji putih telur *izah guna 7 biji gred B
3/4 sdk jus lemon @ 1 sdt cream of tartar 


 Cara-cara: 

Step I : Utk adunan A: 

Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. kacau2 dengan whisk sehingga sebati. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. 
 Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hingga sebati (gaul guna senduk kayu sj pun boleh, tapi Ana pukul guna mixer dengan kelajuan sederhana agar semua adunan halus dan sebati). 


 Step II : Utk adunan B: 

Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tambahkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). 


 Step III : 
Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 9 inci, yg digriskan bwhnye & dialas dgn kertas baking. tepi loyang tak perlu gris ya. Tuang adunan kek dlm tin kek. 
Bakar kek dlm kire-kira sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. 
 Waterbath = sediakan loyang yg lebih besar dari loyang kek, isikan air panas, kemudian letakkan loyang kek tadi di dalam loyang yg berisi air panas. Bakar hingga masak, test guna lidi ya, dah masak, off suis oven, renggangkan pintu oven sedikit dan biarkan kek di dalam hingga agak sejuk supaya kek tak mendap@turun mendadak. Sisip tepi kek dan terbalikkan, hiaskan dengan filling kesukaan, sedap dimakan sejuk.  


Blueberry Topping 

1 tsp Gelatin / Serbuk agar2*Ana guna gelatin Halagel 
30ml Air 
150g Blueberry pie filling @ apa2 filling kesukaan 

Cara-cara : 
campurkan gelatin/agar2 dgn air. Panaskan sebentar & campurkan blueberry. Sapukan ke atas cheesecake & sejukkan sebentar.





Wiitt.. sapa nak? Kepada mereka yang teringin di sekitar Ampang boleh la order tru emel baisku09@gmail.com.
Pickup point Tesco Ampang atau kawasan yang mampu saya buat delivery.
Untuk kawasan lain boleh berhubung dengan Anna Qawina di anna_qawina@yahoo.com 
Sms :019-3004358






Snow Cheesecake yummy!!!!

$
0
0

Assalamualaikum..

Kek lagiii....
Kek ni sedaaapp ya ampuunnnn.. 
Patut la kak Zana kata lepas sepotong nak lagi sepotong.
Makan kek tu sejuk sejuk kuar dri peti es memang laa sedap, moist, lemak dalam mulut..
Budak2 pun sukaaa la sangat.
Kek span nyer pulak mak aiiii lembuttt sangat.
Lepas kek tu masak, bila digoyang2 macam tak masak lagi di dalamnya, sedangkan kek tu dah masak, tapi disebabkan keknya lembut gebuuu sangat, maka dia bergoyang2.
Sabar sebentar tunggu kek span tu sejuk baru lah boleh gatal tangan nak move dari loyang.
Kalau tak, jadi la macam saya, kek tu terpenyek senget sikit tapi saya dah ejas tepuk2 sikit baru elok.
Hehehe..



Alkisahnya, kek ni saya dah lama teringin nak rasa, slalu nampak fren kat fb duk pos kek ni.
Tak terjangka pulak nak buatnya sebab rasa mcm susah je.
Rupanya kek ni simple sangat, dan sedap sangat.
Bila Noorsha dah tayang kek ni, hajat hati tu makin mebuak2 nak merasa.
Bila Mamafami share resepi dan kak Zana pun dah cuba dan menggoda, saya pun dengan berkobar2 ke dapur try kek ni.
Alhamdulillah.. semuanya datang dari Allah..
Rezeki saya semalam nak rasa kek yang sedap, kek yang menjadi dan kek yang kena ngan selera saya dan anak2.





Walaupun puas jugak memujuk anak2, sebab kek ni kena sejukkan/chill dulu dalam peti es lebih kurang sejam ke 2 jam, tapi memang berbaloi. Budak2 kan bila tengok kek seketul gitu, sah sah la tak sabar. :-)
Hmmm ada tergoda dengan kelembutan, moist, lemak cheese dan kegebuan kek tu?
Sila la try buat... :-)

Meh kita share resepinya kat sini pula.
Terima kasih buat penyumbang resepi, semoga Allah mengurniakan pahala kepada mereka2 ini.


KEK CHEESE BERSALJI/ SNOW CHEESECAKE

Resepi : Sherry mz@MyR

Sumber lain: kak Zana & MamaFami


  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - akak guna shelf raising flour
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder- tak letak
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan)
  • izah tambah esen vanilla

  • UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis- izah letak sekadar manis pada selera
  • (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.

  • UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 
        Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.





Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
*izah  bakar kek menggunakan kaedah waterbath
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
*izah potong kek  menggunakan benang
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.





Kepada yang nak rasa kek ni boleh la try buat atau kepada penduduk sekitar Ampang boleh order dengan saya. :-)
Didatangkan dengan 2 size.
Boleh berhubung dengan saya tru emel baisku09@gmail.com
Pickup point recommended ialah TESCO AMPANG.
TQ










Rendang Pucuk Ubi

$
0
0


Assalamualaikum..

Hari ni nak share resepi pedas2 pulak.
MasyaAllah... bagi sapa yang tak pernah rasa rendang ni, memang recommended..
Sila la cari kalau ada rendang ni dijual siap, bagi siapa yang tak sempat nak buat.
Atau pun cepat la cari pucuk ubi kat pasar atau cekau jek tepi pagar rumah tuha.
Dapat 2-3 cekak dah cukup sangat dah nak buat rendang ni.
Sedaaaaaaaaaap sangat sangat.. Sambung lagi. sangat sangat..
Selagi ada rendang ni dlm tipuware atas meja, slagi tu trasa jek nak makan nasik.. Bahayaa tull

Rendang ni simple je bahan2 nya, tapi tang lama nak tunggu dia kering tula menguji kesabaran.
Tapi kesabaran tu ada manisss juga dihujungnya. :-)
Saya buat petang, dah malam baru siap, jadi gambarnya dibawah lampu aje la.
Rendang ni kering, ikan bilisnya garing dan banyak serdak2 garing yang sedaaap.
Kata kak Anymz, lagi lemak santan, lagi banyak serdak serdak tu.

Rindu plak kat kak Anim yang sedang mengerjakan haji.
Dua kali juga dapat berita kak Nim semasa dia di Madinah yang mengkhabarkan dia sihat dan seronok dan  dia dijodohkan bertemu Kak Ummi Zaihadi di Madinah.
Semoga kak Anim n kak Ummi sihat2 aje, sebab skrg smua dah berada di Mekah.

Berbalik pada rendang ni, masa berkunjung ke rumah kak Anim hari tu, kak Anim bagi sikit rendang ni untuk saya merasa. *kunun mengidam, kak Anim pun memenuhi la hasrat tekak saya ni. 
First time merasa... sedaaaapnya laaaa.. Skali hadap je saya dengan suami makan.
Dia cekau, saya cekau..laju je tangan amik rendang ni.
Nak rasa rendang tu je, saya makan dengan nasi putih sahaja tanpa lauk lain.
Perghh memang best.
Dan alhamdulillah, 1st time buat, menjadi rasa sama dengan buah tangan yg kak Anim bagi hari tu.
Dan terima kasih juga buat sepupu kak Anim yang buatkan rendang pucuk ubi tu.
Sebenarnya spupu kak Anim tu buatkan bekal tuk kak Nim nak ke haji,
tapi saya dah cilok seplastik.
Hehehe...


Dan terima kasih kak Anim untuk resepi yang sempoi tapi sedddaaaap sangat ni.
Masa buat rendang ni teringat2 lagi cara2 dan tips yang kak Anim share kan masa nyembang tru telefon.
Dan saya jadikan paduan.



Dalam kuali sedia nak diangkat.
Bau nyer yang semerbakkk..

RENDANG PUCUK UBI

Bahan-bahan
2 ikat pucuk ubi-ambil yg muda,bersihkan dan ketepikan
santan dari 3 biji kelapa atau
santan segar rm 4-akak guna 1/2 kg santan.
5 ulas bawang kecil dihiris
2 batang serai ditik

Segenggam besar ikan bilis
1 senduk cili api yang telah di kisar halus bersama kunyit hidup
Garam secukup rasa
2 keping asam gelugur

cara2

sediakan kuali
masukan santan,serai,garam,ikan bilis,bawang,asam keping,garam dan cili api yang telah di kisar
kacau sentiasa supaya tidak melekat dgn api yang sederhana.Bila santan sudah mengeluarkan minyak dan hampir kering baru masukkan pucuk ubi dan kecilkan api.kacau hingga pucuk ubi garing.
Bila boleh masukkan pucuk ubi? Sila lihat di SINI.










Karipap ROS Jepun

$
0
0

Assalamualaikum..

Jenuh makan karipap je saya kat rumah ni bila anak2 asik demand nak karipap 'sun'.
Satu jenuh makan, yang satu lagi jenuh sakit pinggang nak membuat karipap sun ni rupanya.
Rasanya tangan2 orang Johor memang  mahir buat karipap bulat ni kan.
Rasa nak menyerah kalah dah, tapi bila tengok bebudak ber2 tu teruja sangat ngan karipap bentuk bulat gini, ai gigih ok. Korang bebudak kalau tak ingat kegigihan mak korang mengelim karipap bulat sampai sakit pinggang niha jaga laa.. aaa ugut skeet.. ngahaha

Namanya kena la tukor sikit kepada karipap ROS. Sebab amik resepi tang pastry dia jek, inti dia saya guna inti kentang. Ikutkan nama asalnya Karipap Inti Keledek.  Tak pe la kan Ros.
Tapi kan, resepi ni sedaaaapp sangat pada saya.
Memang terpaut hati dengan pastry dia. 
Rangup, lemak, wangi dan mmg sedap dikunyah.



Abaikan ajela warne karipap ai tu ye dan bentuk yang tak membulat, ada melonjong ada memacam la lagi.
Susah woo nak maiantain bulat karipap ni masa mengelim.
Sabo jek kata hatiku.
Ok nak citer pasal kulit karipap ni, bila digigit macam ada layer pastry yang kita beli tu.
Haaa ko, rangup dan lembut. Yang ni saya cari.. 
I like it bery bery much.
Skali buat tak hengat terus goreng semua skali.
Ada dekat 30 biji kot satu adunan Ros ni.
Petang makan separuh. esok pagi budak2 sarapan dengan karipap ni lagi.
Guess what? ececehh spekong lak.. karipapnya masihhh ranggupp dan lembut. Aaaa.. magic magic.
Jom kita share kat sini lak resepi Ros ni.
Tq Ros 



UNTUK PASTRY RAPUH
by: Ros

400gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam



UNTUK INTI KELEDEK *Izah guna kentang

1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)*5-6 biji sederhana kentang
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari * izah taruk 3 sb
1 sudu besa cili kisar *omit
*izah tambah isi ayam semangkuk
garam



Cara-caranya

Buat Doh Pastri dulu
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin,  masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. *izah tak masukkan dlm peti es, cume biarkan doh yang sudah licin diuli sebati lebih kurang 1/2 jam. Sementara itu boleh buat inti karipap.


Buat Inti Karipap
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.
Proses Mengelim
1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunnkan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.




Tak puas lagi bebudak tu makan, esok esoknya mintak lagi.
Tapi tak daya sakit pinggang ummi nya nak mengelim jadi karipap 'sun' dah.
Saya buat karipap biasa jek.
Bais panggil karipap 'bulan sabit' la pulakkkk..
:-)
Separuh jek saya buat dari resepi di atas.
Sedang elok skali goreng abis.











Viewing all 264 articles
Browse latest View live