Assalamualaikum..
Tiba kita lagi diJumaat yang mulia.
Selawat ke atas Nabi junjungan nabi Muhammad S.AW.
Hari ni saya ingat nak menyentuh sedikit isu yang agak serius.. phewww
Tapi bila kenang2 kan, malas pulak nak menseriuskan diri..buat pening dan sakit hati..
Sedangkan kita disuruh banyak memuji nabi, tetibe pulak nak melayan hasutan iblis khaann
Sorry geng, tak sempat nak balas kunjung.
Kalau ada masa dan lappy yang amat memberi kerjasama akan ku gagahkan diri berBW.
tapi tula... lappy ni asik semput n onoff sendiri je..
Tapi untuk hang pa hangpa.. yang sudi singgah IML ni, saya sajikan muffin pisang ini hari.
Muffin ni resepi si Ros Jepun yang diintikan dengan coklat.
Tapi saya dah campurkan dengan coklat chip aje.
Jam coklat tak de.
Rasanya muffin ni nak jam dengan apa2 pun sedap.
Yang penting kurangkan manis dia ek.. sebab pisang pun da manis kan.
Jom tengok resepi.
Pernah juga saya share resepinya di sini.
Terima kasih Ros.
MUFFIN PISANG INTI COKLAT
sumber: Ros Jintanmanis
Bahan-bahanya
2 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan gula
*izah guna 1/2 cawan dan beberapa sudu
2 biji pisang yang ranum
*izah letak 200gm
1\2 cawan minyak masak
2 biji telur
1\3 cawan susu segar
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil baking powder
beberapa titik esen vanila
beberapa ketul coklat dairy milk ( ros guna jenama meiji)
*izah guna coklat chip
Cara-caranya
1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.
2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.
3. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar, masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.
4. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4 papercup) dan letakkan coklat di tengahnya, bakar pada suhu 170darjah selama 18 ke 20 minit, *izah bakar 25minit, sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder. Sedia untuk dihidangkan. Sealmat Mencuba.